JunHyung

JunHyung

Wednesday, March 23, 2011

Pelamin Kegemaran Ku...D'2ND

Kembali...pelamin-pelamin yang tertera di bawah nanti juga adalah sebahagian pelamin kegemaran More. Juga masa More baca majalah Pengantin last year, memang cantik. Harap korang suka dan dapat inspirasi untuk hari raja sehari korang.
PELAMIN KAYANGAN 1
Pelamin yang pertama ni More minat sebab dilakukan di penjuru sudut dinding & benar-benar simple tetapi menarik.
Warna boleh diubah mengikut citarasa & tema yang diingini, serta tidak perlu mencari kerusi jika mempunyai kerusi yang amat padan untuk acara bersanding.
Jika tidak suka ataupun sukar untuk mencari bunga asli, anda boleh guna bunga plastik mengikut bajet masing-masing.

PELAMIN KAYANGAN 2
Pelamin ni seakan sama dengan ala Bali yang menerapkan kehijauan dedaun & kumpulan bantal.
Selain itu, anda boleh menggunakan tempayan ataupun pasu labu air bagi menyerlahkan lagi temanya.
Pneggunaan warna yang tertentu juga memainkan peranan yang penting untuk menentukan hiasan pelamin.
Jika anda perhati betul-betul, pelamin ini dibuat di sudut penjuru dinding seperti ditepi laluan kearah sesuatu ruang.








PELAMIN KAYANGAN 3
Pelamin ini pun lebih kurang seperti pelamin nombor 2 tapi agak kepada ala taman Inggeris.
Ini kerana tiada penggunaan kayu jati serta juga tiada tempayan.
Hanya lebih menumpukan dedaun hijau & bungaan putih, serta nyalaan lampu kelip-kelip menaikkan seri pelamin.

No comments:

Post a Comment