JunHyung

JunHyung

Monday, March 21, 2011

Perkahwinan...


Sepanjang minggu ini, semuanya berkait rapat dengan pertunangan...pernikahan...persandingan.. .perkahwinan...dan yang sama waktu dengannya. Previously, More ada post tentang perkahwinan tiga sahabat lama More dari zaman sekolah menengah, Sarlini, Budy & Adeq.
Persandingan Sarlini dengan suaminya Al Walid bersama adiknya, Juandy dengan isteri Roshimah menerapkan ala sederhana.  Tidak rumit kerana berlangsung di rumah yang juga di kawasan perumahan.  Bertemakan ungu kalau tidak silap pandang, kerana belah pihak Sarlini ramai mengenakan pakaian berwarna ungu. Walaupun sederhana, majlis persandingan tetap meriah.  Ramai sanak-saudara yang datang terutama sekali dari dua-dua belah pihak.  
Manakala, persandingan Budy & Adeq lebih kepada ala Royal Wedding; di Sibu bertemakan Fairytale manakala di Sarikei bertemakan Moden Kontemporari.  Persandingan di Sibu benar-benar seperti di alam fantasi kerna menerapkan warna putih salju seperti apa yang dikatakan oleh salah seoranag sahabat rapat kami, Ninie. More tidak dapat menggambarkan dengan jelas suasana kerna More tidak hadir masjlis di Sibu. Namun persandingan di Sarikei, More benar-benar teruja menyatakan bahawa masjlis pada hari itu sungguh meriah yang menerapkan warna keemasan yang lebih menumpukan ala kemelayuan. Majlis tersebut juga meriah dan syok dengan pecak silat, persembahan nyanyian dari juara lagu RTM Sarawak dan yang paling best, dapat bergambar kenang-kenangan bersama kawan-kawan lama yang lama tidak berjumpa sebab ada komitmen masing-masing. Bukannya semua masih stay kat Sarikei, ada yang sudah berhijrah dan ada kerjaya di Kuching dan Semenanjung.  Apatah lagi ada juga yang berada di luar negara.    
baiklah, setelah berbincang berkenaan masjlis perkahwinan sahabat-sahabat lama More, More ingin menyenaraikan beberapa tema perkahwinan yang amat selesa dan sesuai untuk dilangsungkan di rumah.  Sederhana dan selesa.

No comments:

Post a Comment