JunHyung

JunHyung

Saturday, March 26, 2011

AQIQAH...

Assalamualaikum korang...
Kitaorang sefamily nak buat aqiqah & cukur jambul untuk my 1st niece, NUR ALYA ADRIANA BINTI MUHAMMED MERAIS yang kini sudahpun 1month old.
Insya Allah dalam bulan 6 tapi tempanya sudah semestinya buat kat Sarikei, Sarawak...our hometown. Harap all family datang memeriahkan lagi majlis aqiqah & cukur jambul our new little baby family member.So , More paparkan beberapa contoh set 'mini pelamin' untuk majlis aqiqah & cukur jambul bagi sesiapa yang ingin mengadakan masjlis seperti More. Moga berpuas hati & sekiranya tidak begitu menarik, bolehlah korang layari mana-mana lama sesawang (aiseh! skemanya aku!) ataupun minta recommend kengkawan sebab ada beberapa butik pengantin yang juga memberi pakej sebegini.
SELAMAT MENCUBA...!!!
SELAMAT BERBAHGIA KE ANAK CUCU...!!!

Wednesday, March 23, 2011

Pelamin Kegemaran Ku...D'2ND

Kembali...pelamin-pelamin yang tertera di bawah nanti juga adalah sebahagian pelamin kegemaran More. Juga masa More baca majalah Pengantin last year, memang cantik. Harap korang suka dan dapat inspirasi untuk hari raja sehari korang.
PELAMIN KAYANGAN 1
Pelamin yang pertama ni More minat sebab dilakukan di penjuru sudut dinding & benar-benar simple tetapi menarik.
Warna boleh diubah mengikut citarasa & tema yang diingini, serta tidak perlu mencari kerusi jika mempunyai kerusi yang amat padan untuk acara bersanding.
Jika tidak suka ataupun sukar untuk mencari bunga asli, anda boleh guna bunga plastik mengikut bajet masing-masing.

PELAMIN KAYANGAN 2
Pelamin ni seakan sama dengan ala Bali yang menerapkan kehijauan dedaun & kumpulan bantal.
Selain itu, anda boleh menggunakan tempayan ataupun pasu labu air bagi menyerlahkan lagi temanya.
Pneggunaan warna yang tertentu juga memainkan peranan yang penting untuk menentukan hiasan pelamin.
Jika anda perhati betul-betul, pelamin ini dibuat di sudut penjuru dinding seperti ditepi laluan kearah sesuatu ruang.








PELAMIN KAYANGAN 3
Pelamin ini pun lebih kurang seperti pelamin nombor 2 tapi agak kepada ala taman Inggeris.
Ini kerana tiada penggunaan kayu jati serta juga tiada tempayan.
Hanya lebih menumpukan dedaun hijau & bungaan putih, serta nyalaan lampu kelip-kelip menaikkan seri pelamin.

Tuesday, March 22, 2011

Pelamin KegemaranKu...

Lima keping gambar yang tertera di bawah nanti adalah sebahagian pelamin kegemaran More semasa More baca majalah Pengantin last year. Bukan More akan bersanding tetapi untuk rujukan sahaja sekiranya kawan mahupun saudara bertanya tentang pendapat. Harap korang pun suka apa yang More paparkan & akan memberi inspirasi bagi sesiapa yang ingin berumahtangga nanti.
PELAMIN FANTASI
More memang jatuh suka bila terpandang gambar pelamin ni. Bukan More suka warna pink, jauh sekali. 
Tetapi More benar-benar tertarik dengan cara dekorasi serta tema yang digunakan, fantasi.  
More hampir seperti di alam fantasi sebab akan penggunaan warna lembut pinky cream. 
Hakikatnya, More tidak gemar warna yang sering dikaitkan dengan 'kebudak-budakan' ni, tetapi truly it work! 
Ia benar-benar...hhmm...bukan cute tetapi fantasi! 
Cute tidak sesuai untuk diberikan kepada pelamin ni sebab ia...precious!
Menghargai saat-saat indah bersama pasangan...tidak kira sudah berkahwin kerana cinta harus kekal walaupun sudah beranak-pinak.


PELAMIN ALA FRENCH GARDEN
Tengok, simple kan! More memang suka yang menerapkan kesederhaan dalam majlis walaupun bertemakan taman.
Dibandingkan dengan English Garden, French Garden lebih simple dan tidak banyak deco yang digunakan.
Seperti inginkan sesuatu yang kekal abadi.
Semestinya, sesuai dibuat di luar halaman rumah yang mempunyai perkarangan yang luas.


PELAMIN ARAB MODEN
More suka pelamin ni bukan sebab ia ala Arab Moden tetapi kerana warna yang digunakan adalah warna kegemaran More, merah hati. Selain tu, pelamin ni nampak simple dan sedap mata memandang sebab penggunaan warna yang membolehkan pop-out d whole deco especially d chair. Kerusi pengantin sebegini semakin diminati sebab pasangan pengantin tidak perlu berjauhan dan berenggang. Ukiran nama pada top of the chair memang menarik, gabungan huruf nama dua mempelai.  Sweet...

PELAMIN ALA JAWA (JAVANISH)
More minat dengan pelamin sebab ia agak keBalian.
Mata More seperti tersenyum melihat deconya, sejuk je...membayangkan kita berada di persisiran pantai Bali walaupun dibuat hanya di halaman rumah.
bagi yang mementingkan ketenangan, pilihlah deco ala Jawa.





PELAMIN ALA MOROCCO.
Last but not least, yang ni mesti penggemar kemelayuan suka sebab menitikberatkan penggunaan kerusi & deco ala kayu jati.
Walaupun dinamakan ala Morocco, konsep ni bila diteliti betul-betul, memang tidak lari dengan perabot kayu jati atau perabot klasik.
Jika halaman ruman mempunyai gazebo, lagi sesuai memilih gaya Morocco ni & tidak perlu untuk membuat pelamin.
Hanya perlu pandai menghias sahaja...kurang bajet, kan.

Monday, March 21, 2011

Pelamin ala Sederhana

Ini adalah pilihan pertama More.
Pelamin kerawang moden
- konsep ala taman
- simple tapi menarik
- sederhana tapi meriah
-bunga plastik sering menjadi pilihan untuk menggantikan bunga sebenar mengikut bajet perkahwinan.
- warna juga boleh diubah mengikut warna tema yang dikehendaki.



Pilihan kedua More.
Pelamin 2010
- konsep ala mini Arab
- amat sesuai dibuat di luar mahupun dalam rumah.
- lebih sesuai untuk masjlis pertunangan dan pernikahan yang amat sederhana.
- seperti biasa, warna dan deko boleh diubah mengikut tema yang digunakan.





Pilihan ketiga More.
Pelamin ala Kemelayuan (konsep kayu)
- nagi menampakkan ciri kemelayuan
- menerapkan gaya kayu jati & klasik
- sesuai untk pertunangan, pernikahan serta persandingan.
- boleh dilakukan luar dan juga dalam rumah yang terhad.




Pilihan keempat More.
Pelamin warna Lembut
- ala Inggeris tapi simple
- bagi penggemar warna-warna lembut seperti light pink, light purple & baby blue
- amat sesuai dibuat di luarrumah bagi menampakkan kelembutan warna.





Pilihan kelima More.
Pelamin Putih Fesyen 2010
- trend terkini
- putih suci murni, berseri dan menarik
lebih sesuai dibuat di luar perkarangan rumah.
- pilihan satu warna bagi menitikberatkan bajet perkahwinan.

Perkahwinan...


Sepanjang minggu ini, semuanya berkait rapat dengan pertunangan...pernikahan...persandingan.. .perkahwinan...dan yang sama waktu dengannya. Previously, More ada post tentang perkahwinan tiga sahabat lama More dari zaman sekolah menengah, Sarlini, Budy & Adeq.
Persandingan Sarlini dengan suaminya Al Walid bersama adiknya, Juandy dengan isteri Roshimah menerapkan ala sederhana.  Tidak rumit kerana berlangsung di rumah yang juga di kawasan perumahan.  Bertemakan ungu kalau tidak silap pandang, kerana belah pihak Sarlini ramai mengenakan pakaian berwarna ungu. Walaupun sederhana, majlis persandingan tetap meriah.  Ramai sanak-saudara yang datang terutama sekali dari dua-dua belah pihak.  
Manakala, persandingan Budy & Adeq lebih kepada ala Royal Wedding; di Sibu bertemakan Fairytale manakala di Sarikei bertemakan Moden Kontemporari.  Persandingan di Sibu benar-benar seperti di alam fantasi kerna menerapkan warna putih salju seperti apa yang dikatakan oleh salah seoranag sahabat rapat kami, Ninie. More tidak dapat menggambarkan dengan jelas suasana kerna More tidak hadir masjlis di Sibu. Namun persandingan di Sarikei, More benar-benar teruja menyatakan bahawa masjlis pada hari itu sungguh meriah yang menerapkan warna keemasan yang lebih menumpukan ala kemelayuan. Majlis tersebut juga meriah dan syok dengan pecak silat, persembahan nyanyian dari juara lagu RTM Sarawak dan yang paling best, dapat bergambar kenang-kenangan bersama kawan-kawan lama yang lama tidak berjumpa sebab ada komitmen masing-masing. Bukannya semua masih stay kat Sarikei, ada yang sudah berhijrah dan ada kerjaya di Kuching dan Semenanjung.  Apatah lagi ada juga yang berada di luar negara.    
baiklah, setelah berbincang berkenaan masjlis perkahwinan sahabat-sahabat lama More, More ingin menyenaraikan beberapa tema perkahwinan yang amat selesa dan sesuai untuk dilangsungkan di rumah.  Sederhana dan selesa.

Sunday, March 20, 2011

my bestfriend's wedding (Sarkini & Al Walid with her brother, Juandy & Roshimah)

Hari Persandingan Sarlini & Al Walid serta Juandy & Roshimah
19 Mac 2011-Sabtu, Rumah Pengantin Perempuan Sarlini (Jalan Kiong Soon, Sarikei, Sarawak)
Tahniah diucapkan kepada sahabat lamaku, Sarlini binti Julaihi diatas perkahwinan bersama suami tercinta Al Walid yang sungguh meriah di kawasan perumahan Kiong Soon Sarikei pada 19 Mac 2011 (Sabtu) beserta adikmu, Juandy bersama isteri tercinta Roshimah yang jugak sahabat lama kepada adikku, Muhammed Merais.  
Selamat berbahagia dan moga dipanjangkan usia perkahwinan kitakorang walau di mana juak kitakorang berada.  Mun raya kat Sarikei, padah okay...& mun dah ada baby, khabar-khabarkan juak okay...aku harap dapat datang waktu cukur rambut or Aqiqah anak ko lak.  Anak lelaki or pompuan, padah awal ke...sik aku salah beli present lak, hehehe...I will be missing you...be happy, kawan...

my bestfriend's wedding (Budy & Adeq)

05 Mac 2011-Sabtu, Sibu, Sarawak.
Hari Persandingan per-1 duaorang sahabat lamaku, Budy & Adeq.
Sorry xdapat datang 1st wed kat Sibu ria...
tetapi walau apapun, ur Fairy Tale Wed nang kacak...
sesuci murni cinta kitak duak..menyulam kasih sejak di bangku sekolah agik...hhmm
pandei kitak duak simpan rahsia owh...anyway, sungguh setia...
akhirnya, mendirikan rumahtangga juak kitak duak...

06 Mac 2011-Ahad, Dewan Suarah Sarikei, Sarawak.
Hari Persandingan ke-2 dua orang sahabat lamaku, Budy & Adeq.
Meriah tidak terhingga & terjalin jua ikatan suci diantara Budy & Adeq...
rami bestfriend datang hari ya...nang best 2nd wed yang bertemakan keemasan...
shining...just like ur love...

moga kitak duak, berbahagia sehingga ke akhir hayat...
dah ada baby lak, jemput aku datang rumah...
tapi, mention awal laki ka pompuan...hehehe, dapat beli apa yang patut...
love & miss u 2...