JunHyung

JunHyung

Tuesday, March 22, 2011

Pelamin KegemaranKu...

Lima keping gambar yang tertera di bawah nanti adalah sebahagian pelamin kegemaran More semasa More baca majalah Pengantin last year. Bukan More akan bersanding tetapi untuk rujukan sahaja sekiranya kawan mahupun saudara bertanya tentang pendapat. Harap korang pun suka apa yang More paparkan & akan memberi inspirasi bagi sesiapa yang ingin berumahtangga nanti.
PELAMIN FANTASI
More memang jatuh suka bila terpandang gambar pelamin ni. Bukan More suka warna pink, jauh sekali. 
Tetapi More benar-benar tertarik dengan cara dekorasi serta tema yang digunakan, fantasi.  
More hampir seperti di alam fantasi sebab akan penggunaan warna lembut pinky cream. 
Hakikatnya, More tidak gemar warna yang sering dikaitkan dengan 'kebudak-budakan' ni, tetapi truly it work! 
Ia benar-benar...hhmm...bukan cute tetapi fantasi! 
Cute tidak sesuai untuk diberikan kepada pelamin ni sebab ia...precious!
Menghargai saat-saat indah bersama pasangan...tidak kira sudah berkahwin kerana cinta harus kekal walaupun sudah beranak-pinak.


PELAMIN ALA FRENCH GARDEN
Tengok, simple kan! More memang suka yang menerapkan kesederhaan dalam majlis walaupun bertemakan taman.
Dibandingkan dengan English Garden, French Garden lebih simple dan tidak banyak deco yang digunakan.
Seperti inginkan sesuatu yang kekal abadi.
Semestinya, sesuai dibuat di luar halaman rumah yang mempunyai perkarangan yang luas.


PELAMIN ARAB MODEN
More suka pelamin ni bukan sebab ia ala Arab Moden tetapi kerana warna yang digunakan adalah warna kegemaran More, merah hati. Selain tu, pelamin ni nampak simple dan sedap mata memandang sebab penggunaan warna yang membolehkan pop-out d whole deco especially d chair. Kerusi pengantin sebegini semakin diminati sebab pasangan pengantin tidak perlu berjauhan dan berenggang. Ukiran nama pada top of the chair memang menarik, gabungan huruf nama dua mempelai.  Sweet...

PELAMIN ALA JAWA (JAVANISH)
More minat dengan pelamin sebab ia agak keBalian.
Mata More seperti tersenyum melihat deconya, sejuk je...membayangkan kita berada di persisiran pantai Bali walaupun dibuat hanya di halaman rumah.
bagi yang mementingkan ketenangan, pilihlah deco ala Jawa.





PELAMIN ALA MOROCCO.
Last but not least, yang ni mesti penggemar kemelayuan suka sebab menitikberatkan penggunaan kerusi & deco ala kayu jati.
Walaupun dinamakan ala Morocco, konsep ni bila diteliti betul-betul, memang tidak lari dengan perabot kayu jati atau perabot klasik.
Jika halaman ruman mempunyai gazebo, lagi sesuai memilih gaya Morocco ni & tidak perlu untuk membuat pelamin.
Hanya perlu pandai menghias sahaja...kurang bajet, kan.

No comments:

Post a Comment